Friday 19 October 2012

Buku Silat

Semasa saya sedang melayari internet saya terjumpa sebuah buku silat (e-book) yang ditulis oleh seorang pendekar Silat Gayong yang bernama Sheikh Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai "Sam" oleh orang barat. Sam pernah muncul di dalam rencana silat di saluran National Geographic baru-baru ini bersama anak muridnya berbangsa 'Mat Saleh" yang akan berlawan dengan pesilat dari Pusat Latihan Polis (Pulapol). Tentu ramai yang sudah menontonnya di TV, bagi yang tidak berpeluang boleh menontonnya di You Tube (klik sini)

Di bawah ini saya paparkan kulit buku yang ditulis oleh Sam sendiri serta muka surat biodatanya. Buku ini setebal 259 muka surat termasuk kulit.














































Saya bernasib baik kerana kerana berjaya download "e-book" ini sebagai bahan rujukan tambahan mengenai Silat Gayong. Buku ini menggunakan format djvu (.djvu) dan memerlukan DjVu Viewer untuk membukanya. DjVu Viewer boleh dimuat turun secara percuma di internet.


Penghargaan: Sheikh Shamsuddin bin Tan Sri Dato Sheikh Muhammad Salim (Sam)


Mari Belajar Silat













Bagi memenuhi kehendak ibu bapa yang mahu anak-anak-anak mereka mempelajari seni silat, Pusat Latihan Geliga telah membuka kelas silat untuk kanak-kanak dan remaja yang tinggal sekitar bandar Kajang, Bangi, Dengkil, Putrajaya, Serdang.

Kelas silat ini diadakan pada setiap hari Ahad, bermula jam 9.15 pagi - 10.45 pagi (untuk sesi pagi) atau pelajar boleh memilih untuk menyertai kelas sesi petang bermula jam 5.00 petang - 6.30 petang. Anda juga boleh mencuba satu sesi secara percuma (Free Trial) sebelum memilih untuk mendaftar atau tidak.

Para pelajar akan didedahkan dengan latihan Seni Silat Gayung Fatani bermula daripada peringkat asas iaitu bengkung putih sehingga ke peringkat bengkung hitam. Ilmu seni mempertahankan diri ini amat penting untuk dipelajari oleh setiap anak-anak agar kerana ilmu ini dapat membentuk keyakinan diri serta melatih disiplin anak-anak untuk menghadapi zaman yang serba mencabar ini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan kelas silat ini, sila hubungi nombor telefon yang tertera pada gambar di atas atau menghantar emel kepada geligacentre@gmail.com. Pusat Latihan Geliga juga boleh diikuti melalui https://www.facebook.com/pages/Geliga/149314581852913

Akhir kata, marilah kita mempelajari ilmu seni mempertahankan diri warisan Melayu ini agar ia tidak pupus.

Silat Untuk Semua

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Blog ini di buat sebagai saluran untuk kami mempromosikan salah satu seni warisan Melayu yang semakin dilupakan iaitu Seni Silat. Terdapat banyak cabang silat yang ada di nusantara ini tetapi seni ini seperti kurang mendapat tempat di hati penggemar seni bela diri, tidak seperti Taekwondo, Karate do, Akido dan bermacam-macam lagi.

Di Malaysia, seni silat yang popular ialah Seni Silat Lincah, Seni Silat Gayung, Seni Silat Cekak, Seni Silat Sendeng serta bermacam-macam lagi seni silat yang meniru aksi-aksi binatang seperti harimau, helang dan lain-lain lagi.

Pihak kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran juga telah banyak membantu dan mempromosi seni bela diri warisan Melayu ini di peringkat antarabangsa dan juga kebangsaan. Silat olahraga juga merupakan salah satu acara utama yang dipertandingkan di peringkat Sukan Sea.

Sebagai permulaan, saya persembahkan klip video acara silat olahraga Kejohanan Dunia di antara pesilat dari Malaysia (bengkung biru) menentang pesilat Indonesia. Diharapkan selepas menonton video ini, semangat untuk mempelajari seni bela diri warisan Melayu ini akan menyerap ke dalam diri setiap insan, tidak kira muda atau tua, lelaki atau perempuan, Melayu atau tidak.

Selamat menonton!



Sumber : You Tube