Friday 19 October 2012

Silat Untuk Semua

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Blog ini di buat sebagai saluran untuk kami mempromosikan salah satu seni warisan Melayu yang semakin dilupakan iaitu Seni Silat. Terdapat banyak cabang silat yang ada di nusantara ini tetapi seni ini seperti kurang mendapat tempat di hati penggemar seni bela diri, tidak seperti Taekwondo, Karate do, Akido dan bermacam-macam lagi.

Di Malaysia, seni silat yang popular ialah Seni Silat Lincah, Seni Silat Gayung, Seni Silat Cekak, Seni Silat Sendeng serta bermacam-macam lagi seni silat yang meniru aksi-aksi binatang seperti harimau, helang dan lain-lain lagi.

Pihak kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran juga telah banyak membantu dan mempromosi seni bela diri warisan Melayu ini di peringkat antarabangsa dan juga kebangsaan. Silat olahraga juga merupakan salah satu acara utama yang dipertandingkan di peringkat Sukan Sea.

Sebagai permulaan, saya persembahkan klip video acara silat olahraga Kejohanan Dunia di antara pesilat dari Malaysia (bengkung biru) menentang pesilat Indonesia. Diharapkan selepas menonton video ini, semangat untuk mempelajari seni bela diri warisan Melayu ini akan menyerap ke dalam diri setiap insan, tidak kira muda atau tua, lelaki atau perempuan, Melayu atau tidak.

Selamat menonton!



Sumber : You Tube

No comments:

Post a Comment